Assalamualaikum w.b.t,
selamat malam aku ucapkan kepada smua yang masih la berjaga pada waktu ini. melihatkan kpada jam laptop aku ni, sekarang jam menunjukkan pukul 1.46 pagi. ehh agak2 betul tak aku ucap selamat malam tadi? or spatutnya aku cakap selamat pagi je? entahlah kan. mne2 pon bole kot.. hehe.
okay, sebenarnya post kali ini aku nak ceritakan tentang diri aku yang banyak kekurangan n kelemahan ni. tp bukanlah aku nak cerita keburukkan aku sepanjang masa kan.. tak elok tu. ehem2, nama diberi sejak lahir adalah Muhammed Nazmi b. Abd wahab Berumur 19 tahun 11 bulan pada waktu ini dan akan mencecah tahun yang ke 20 hidup di atas muka bumi ini pada 23hb 1 nanti. tak sangka masa terlalu cepat berlalu sampai tak sedar yang aku ni dah dewasa (bkn brmaksud tua ok hehe...). aku menetap di saujana utama, sg. buloh sejak aku berumur 14 tahun iaitu semenjak form 2. sebelum itu aku menetap di Selayang je, tp disebabkan keadaan tempat itu yang tidak stabil kami sekeluarga pindah di Saujana Utama, Bandar Indah dan Permai (moto lah konon).
Di Saujana Utama lah bnyak perkara yang aku belajar bermula daripada rumah, di sekolah mahupun di luar rumah. di saujana utama (atau lbih dikenali sbgai SU..) aku jumpa kawan yang baru dan segala-galanya baru. okay lah klau nak cerita pun benda dah lama lepas.. berapa tahun pun aku tak ingat. ok2, skrng cerita benda yang simple2 je ea.
Nak dipendekkan ceritalah, sekarang ni aku telah bergelar mahasiswa di sebuah Universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara(UiTM) di Jengka, Pahang. sekarang ini aku dah pun masuk semester yang ke-4 atau dah masuk tahun yang kedua kt sini. macam yang aku cakap td, cepat betul masa berlalu. Apa yang aku lakukan di Universiti ini adalah banyak.. aku ni kira agak aktif lah jugak dalam berpersatuan dan kelab kt sini. aku pernah menyertai pelbagai jenis kelab dan persatuan seperti pembimbing rakan sebaya, Entertainment of Islamic Art Club(EAC), silat gayong, Debat malah aku pernah bertanding lagi dalam PilihanRayaKampus untuk merebut jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada semester lepas (dan tak menang....).
Aku ni bukanlah macam kebanyakkan pelajar-pelajar yang pasif or tak aktif. Tp ape pun yang aku buat bukanlah kerana nama, jawatan or popular. aku buat semua ni sebab utk mendapatkan pengalaman, ilmu n aku nak belajar something different. apa dia something different? do it and experience yourself ok. :) sekarang aku masih lagi aktif, tapi aku hanya aktif dalam kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) je. tak larat kot nak aktif dalam banyak2 kelab.. aku tak mampu. walau apa pun aku akan teruskan jugak dgn kelab ini.. aku akan bantu dan naikkan nama kelab ni di UiTM. InsyaAllah.
Back to my story, aku adalah pelajar Business Study kt sini. tak berapa pandai, tak berapa cerdik, tak berapa bjak, tak berapa rajin dan tak berapa hensem.. oppss~ :P sebenarnya aku tak tahu lah ape kelebihan dan keistimewaan dalam diri aku. urmm Allah je yang tahu kot. aku ni bukanlah seorang yang baik.. yang jahat tu mungkin lah. tapi bukan la jahat tahap gaban. just inner self aku je kot. tapi apa pun yang aku buat, aku akan cuba bermuhasabah.. klau perkara baik yang aku buat, ok lah. tp klau bnda buruk, aku akan menyesal. :(
ehh2 aku rasa sampai sini je kot apa yang aku ingin luahkan. klau ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis, tapi kne tido awal lah sebab esok ada test. hope everythings going just fine for me.. and yours too.
GTG~bye,
salam. :)
No comments:
Post a Comment