Powered By Blogger

Monday, 7 January 2013

Masa Lapangku, Masa Terbuangku..

Assalamualaikum W.B.T
hai semua ! aku tak rasa masih ada org yang tengah berjaga waktu sekarang ni sebab semuanya dah tido kan. yelah mane taknye, klau aku tgk jam sekarang ni dah menunjukkan pukul 4.45pagi tau. amboi cepat betul aku bangun tido kan.. haha sebenarnya aku tak tido pun lah ! aku baru je siapkan kerja yang lecturer aku bagi aritu. punya lah bnyk smpai sakit2 badan aku ni sbb nak siapkan smua tu. dekat 5 jam kot aku ddok kt meja study ni buat keje tu.. dari pkul 10.30 malam smpai lah tadi. lama kan? ishh lmbab btol aku buat keje.. haha. tapi takpe la dah siap pun smua tu. alhamdulillah :)

Okay kembali kepada tajuk story pada pagi yang indah ni. Kalau lah aku tanya korg apa yg korg buat utk masa lapang korg, agak2 apa jwapan korg ea? mesty lah ssuatu yang menarik kan.. macam pergi berjogging ke, cycling ke, jalan2 ke, or ape2 jelah yang dpt mengisi masa lpang yg bermanfaat korg tu. wahh menarikan klau ada masa lapang. 

Aku ? masa lapang aku sesangatlah membazir dan tak bermanfaat langsung.. nak tahu ape? haa ni dia, benda yang menghabiskan masa lapang akuu...




Korang faham tak maksud aku? ehh jangan salah faham plak.. aku bukan pelakon lah, or director whatsoever.. haha. maksud aku, aku bnyak habiskan masa aku dengan tgk movie2 ni semua dalam laptop aku. Klau korg nak tahu kan, hard disc dlm lappy aku ni penuh dengan movie2 camni. aku pun tak prasan dah full rupanya. semua ni angkara movie2 yang mengarut ni lah (tahu.. tp tengok jgk.. :P). banyak movie yang aku dah tgk dan dengan menonton movie2 tersebut, dengan sedar tak sedar je bnyak masa lapang aku yang terbuang begitu sahaja~ haih!

Hmm sedih betul kan.. tp sekarang ni aku dah kurang tgk movie tu smua.. sbb aku dah semakin sibuk dengan kerja2 kt Universiti ni. tapi... hehe aku still jgk membuang masa aku walaupun tak tgk movie2 cmtu. aku pegi tgk anime pulak T_T aku taktahu la sejak bila aku minat cite anime ni terutama Naruto. ehh btw jangan salah sangka tau, bukan bdak2 je tgk cite ni.. student u pun same jgk tau XD.. 

Emm Tapi, disebabkan semua episod aku dah abis tengok, aku rasa berakhirlah masa lapang aku yang sia-sia itu sekarang. aku taknak dah buang masa aku dengan benda2 mcmtu smua. aku nak buat sesuatu yang bermanfaat. ye aku sedar sangat2 memang merugikan masa aku buat benda yang tak berfaedah mcmtu. sebab tu lah aku nak tukar tabiat aku ni supaya jadi baik sikit.. hehe. okay, dan ini adalah perubahan awal untuk aku mengisi masa lapang aku.. 

Blogger~ aku dah mula menulis di sini untuk dijadikan hobi dan mangisi waktu2 yang terluang supaya ianya bermanfaat kepada diri aku sendiri. oleh itu awak-awak semua, isilah masa lapang dengan sebaik-baiknya supaya masa kita takkan dibazirkan begitu sahaja. hargailah masa anda ok? hee.. *peringatan untuk diri sendiri.. InsyaAllah.

Itu sahaja daripada saya..
GTG~bye,
salam. :)

Sunday, 6 January 2013

A Letter To Her

Assalamualaikum W.B.T

Surat untuk dia~
Agak-agak korang pernah tak menulis surat? okay semestinyalah semua orang pernah tulis surat kan.. mana taknya, masa sekolah dulu semua orang kne belajar tulis karangan surat.. Karangan surat rasmi mahupun surat tak rasmi. dan aku tahu, karangan surat lah yang paling student skolah tak suka skali.. aku pun pernah merasai dan melalui situasi tersebut. nak ingat formatnya pun susah, inikan nak menulis surat yang panjang2. mintak maaf lah sgt2 hehe.. :P 

Okay here goes the story, sebenarnya dahulu aku pernah berutus surat dengan kawan prempuan aku dekat Terengganu. masa tu kami masih lagi di bangku sekolah. dan isi surat tersebut bukanlah ayat2 cinta atau rindu2an yee. cuma tanya khabar, ceritakan apa yang sedang berlaku dan soalan spot SPM.. secara jujurnya aku suka dekat dia. walaupun sebagai kawan aku amat selesa berkawan dan berinteraksi dengan dia. dia bknlah mcm prempuan2 lain yang mengade2, mengedik, menggatal, layan sana sini. Secara umumnya aku cakap dia adlah contoh wanita muslimah. tu yang buat aku jatuh hati dekat dia. 

Sebenarnya aku suka sgt hantar surat dekat dia.. wlaupun 2 kali je. tapi aku rase seronok sgt sbb ade org nak baca surat aku tu.. lagi2 prempuan yang aku suka. yee pada mulanya aku agak janggal dalam menulis, almaklumlah dengan tulis 'Doktor' aku ni bkn smua org bole fham. tp takpelah aku tulis jgk surat tu untuk dia masa aku form 5. lepas tu dia reply surat aku.. yang di bawah nilah surat dia :)




Kalau korg bole baca faham2 la sendiri ye apa yang dia tulis.. hehe. sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui SMS dan Calling dulu (bukan kuno sgt yee :P).. tp entalah, menulis surat ni menarik minat aku pulak untuk dijadikan tajuk entry pada kali ini. Apapun selepas kejadian dia mmbalas surat aku ni, kami telah menghadapi pepriksaan SPM pada tahun 2010 dan kami masih berhubungan lagi sehinggalah beberapa bulan keluar result SPM. selepas je result SPM keluar, dia ingin berubah.. dia betul2 ingin berubah untuk menjadi wanita yang solehah dan ingin menghadkan hubungan kami. aku hormati keputusannya dan aku kurangkan bermesej dan kol dia. jika ada perkara yang penting shaja aku akan menghubungi dia.

beberapa bulan setelah keluarnya result SPM aku telah diterima masuk ke UiTM sebagai student Pengurusan perniagaan.. tapi dia telah meneruskan pelajarannya ke form 6 di sekolah di sekitar Dungun. setelah beberapa bulan kemudian dia telah menyambung pengajiannya ke International Islamic College (IIC) di Gombak. Alhamdulillah dapat juga dia masuk IPT. aku gembira :)

Hubungan kami makin renggang selepas kedua2nya smbung belajar ke peringkat IPT. Tetapi pada awal tahun lepas (2012) terdetik di hati aku ingin menghantar surat  kepadanya dan dengan serta mertanya aku merangka surat tersebut untuk bertanya khabar dan sebagainya. selepas selesai semua itu aku meminta alamat kolejnya dan menghantar surat tersebut. Mungkin masa yang tidak sesuai pada waktu tersebut kerana dia terlalu sibuk dengan tugasan hariannya, aktiviti2 dan program2 yang dianjurkan oleh kolejnya menyebabkan dia tidak sempat untuk mengbalas surat yang aku kirim. 

Tidak mengapa.. aku pun faham akan situasinya kerana aku juga mengalami perkara yang sama dengannya. Atau mungkin dia lagi sibuk dari aku kerana dia merupakan pelajar yang aktif di dalam kolejnya itu. aku faham. Kini hubungan kami teramatlah renggang dan tidak lagi menghubungi satu sama lain. walaupun kadang-kala aku ada stalk blog dan juga fb dia.. tp tiada apa yang berlaku. aku teramat rindu padanya, rindu pada persahabatan kami yang dulu. tapi tidak mengapalah.. dia perempuan, aku lelaki. tak boleh bergaul secara berlebih-lebihan. mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya :')

Walauapapun, aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia. dia perempuan yang istimewa bagi aku. Dan aku harap apa yang dia lakukan di sana sama ada untuk dirinya, keluarganya, sahabat2nya, kolejnya dan agamanya akan sentiasa diberkati Allah S.W.t dan dia akan menjadi seorang wanita solehah yang berjaya di dunia & juga di akhirat.. 
Aku akan sentiasa mendoakanya kebahagian dia. :)

Amin.

GTG~bye,
salam. :)

Cita-Cita, Impian

Assalamualaikum W.B.T, 
sekali lagi aku ingin menulis di sini tentang sesuatu yang sangat penting dalam hidup aku atau lagi tepat perkara yang ingin aku jadi dan perkara yang aku inginkan pada masa hadapan. semua orang pastinya mempunyai cita-cita terutamanya pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sebab itulah wujudnya sekolah, pelbagai universiti, kolej2 swasta dan pelbagai pusat pengajian yang lain.. untuk merealisasikan cita-cita seseorang tersebut. Berbeza pula dengan impian, iaitu untuk mencapai sesuatu yang diinginkan oleh seseorang bagi mendapatkan kesempurnaan dan keselesaan hidup.


-Cita-Cita-

Masa kita di bangku sekolah dahulu, pastinya bila di tanya "apakah impian anda?" kita akan jawab 3 cita-cita yang amat popular ini iaitu menjadi polis, askar ataupun cikgu. ada jawapan lain selain dari tu? tak ada. sebab masa tu yang kita nampak hanyalah 3 pekerjaan ni je. 




Tapi masa, waktu, pengalaman dan ilmu yang kita belajar setiap hari akan membuka minda kita, membuka mata kita terhadap lebih banyak lagi pekerjaan yang tidak pun kita terfikir masa kita kecil dahulu. seperti menjadi seorang Proffesor, Penyelidik ataupun menjadi seorang ahli politik yang yang berpengaruh. ini menunjukkan bahawa setiap hari kita menjadi semakin matang dalam membuat keputusan dan seringkali cita-cita kita berubah setiap kali kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Seperti aku sendiri, dahulunya sewaktu aku berumur di lingkungan 6 hingga 12 tahun cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang askar. dan pada waktu tersebut 3 pekerjaan di ataslah yang sering disebut-sebut dan diagung-agungkan oleh rakan-rakan sekelasku yang lain. Tetapi cita-cita itu tidaklah bertahan lama untuk menjadi pilihan idaman aku, sebaliknya aku ingin pula menjadi seorang pensyarah disebuah Universiti di dalam Malaysia ini. kemudian berubah lagi cita-cita aku ingin menjadi seorang ahli perniagaan di mana aku mampu untuk memajukan syarikat tersebut. dan yang terakhir cita-cita aku ialah menjadi CEO di salah sebuah syarikat di Malaysia ini.

Nampak kan betapa banyaknya perubahan cita-cita dari masa ke semasa mengikut peningkatan umur aku. ye mungkin korang boleh cakap yang pendirian aku ni tak teguh.. tapi apa yang aku nampak dan lihat semakin hari semakin jelas, apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. tak salah rasanya kalau kita ubah cita-cita kita berdasarkan kemampuan dan kepakaran yang kita ada. aku adalah pelajar Pengurusan Perniagaan.. jadi menjadi CEO atau ahli peniagaan amatlah sesuai dengan apa yang aku belajar sekarang.

Sebenarnya aku amat trauma sekarang sebab aku keliru dengan apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. aku keliru sama ada aku hendak menjadi CEO ataupun Ahli perniagaan. mana 1 aku harus pilih? aku pun tak tahu. aku harap biarlah satu hari nanti aku akan dapat pilih dengan tepat bidang kerjaya yang aku inginkan itu.


-Impian-

Tentang impian pula adalah perkara yang kita inginkan pada masa hadapan tentang kehidupan kita supaya kehidupan kita akan bertambah selesa dan bahagia. korang semua pastinya mempunyai impian yang besar bukan? terlalu banyak yang ingin kita capai di dunia ini melalui impian kita itu.. inilah apa yang kita inginkan dalam hidup ini. kalau diberikan peluang semua orang hendakkan perkara tersebut.

Pasangan yang sempurna


kereta yang mewah

rumah yang indah

Ya, inilah impian kita pada masa hadapan. inginkan sesuaatu yang indah dan terbaik untuk kita. malah cita-cita yang kita idam-idamkan juga menjadi impian kita. oleh itu kawan-kawan, marilah kita sama2 merealisasikan cita-cita dan juga impian kita dengan menjadi pelajar/ manusia yang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang kita lakukan sekarang sama ada bekerja atau belajar dan berjaya suatu hari nanti. pastikan apa yang kita lakukan pada waktu ini akan menjamin masa hadapan kita. 


Oleh yang demikian, saya berharap segala apa yang kita inginkan dan apa yang ingin kita capai, kita akan dapatkannya dengan usaha yang bersunggung-sungguh.  ehem, Itu sahaja yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. semoga berjumpa lagi..

GTG~bye,
salam. :)