Powered By Blogger

Sunday, 6 January 2013

A Letter To Her

Assalamualaikum W.B.T

Surat untuk dia~
Agak-agak korang pernah tak menulis surat? okay semestinyalah semua orang pernah tulis surat kan.. mana taknya, masa sekolah dulu semua orang kne belajar tulis karangan surat.. Karangan surat rasmi mahupun surat tak rasmi. dan aku tahu, karangan surat lah yang paling student skolah tak suka skali.. aku pun pernah merasai dan melalui situasi tersebut. nak ingat formatnya pun susah, inikan nak menulis surat yang panjang2. mintak maaf lah sgt2 hehe.. :P 

Okay here goes the story, sebenarnya dahulu aku pernah berutus surat dengan kawan prempuan aku dekat Terengganu. masa tu kami masih lagi di bangku sekolah. dan isi surat tersebut bukanlah ayat2 cinta atau rindu2an yee. cuma tanya khabar, ceritakan apa yang sedang berlaku dan soalan spot SPM.. secara jujurnya aku suka dekat dia. walaupun sebagai kawan aku amat selesa berkawan dan berinteraksi dengan dia. dia bknlah mcm prempuan2 lain yang mengade2, mengedik, menggatal, layan sana sini. Secara umumnya aku cakap dia adlah contoh wanita muslimah. tu yang buat aku jatuh hati dekat dia. 

Sebenarnya aku suka sgt hantar surat dekat dia.. wlaupun 2 kali je. tapi aku rase seronok sgt sbb ade org nak baca surat aku tu.. lagi2 prempuan yang aku suka. yee pada mulanya aku agak janggal dalam menulis, almaklumlah dengan tulis 'Doktor' aku ni bkn smua org bole fham. tp takpelah aku tulis jgk surat tu untuk dia masa aku form 5. lepas tu dia reply surat aku.. yang di bawah nilah surat dia :)




Kalau korg bole baca faham2 la sendiri ye apa yang dia tulis.. hehe. sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui SMS dan Calling dulu (bukan kuno sgt yee :P).. tp entalah, menulis surat ni menarik minat aku pulak untuk dijadikan tajuk entry pada kali ini. Apapun selepas kejadian dia mmbalas surat aku ni, kami telah menghadapi pepriksaan SPM pada tahun 2010 dan kami masih berhubungan lagi sehinggalah beberapa bulan keluar result SPM. selepas je result SPM keluar, dia ingin berubah.. dia betul2 ingin berubah untuk menjadi wanita yang solehah dan ingin menghadkan hubungan kami. aku hormati keputusannya dan aku kurangkan bermesej dan kol dia. jika ada perkara yang penting shaja aku akan menghubungi dia.

beberapa bulan setelah keluarnya result SPM aku telah diterima masuk ke UiTM sebagai student Pengurusan perniagaan.. tapi dia telah meneruskan pelajarannya ke form 6 di sekolah di sekitar Dungun. setelah beberapa bulan kemudian dia telah menyambung pengajiannya ke International Islamic College (IIC) di Gombak. Alhamdulillah dapat juga dia masuk IPT. aku gembira :)

Hubungan kami makin renggang selepas kedua2nya smbung belajar ke peringkat IPT. Tetapi pada awal tahun lepas (2012) terdetik di hati aku ingin menghantar surat  kepadanya dan dengan serta mertanya aku merangka surat tersebut untuk bertanya khabar dan sebagainya. selepas selesai semua itu aku meminta alamat kolejnya dan menghantar surat tersebut. Mungkin masa yang tidak sesuai pada waktu tersebut kerana dia terlalu sibuk dengan tugasan hariannya, aktiviti2 dan program2 yang dianjurkan oleh kolejnya menyebabkan dia tidak sempat untuk mengbalas surat yang aku kirim. 

Tidak mengapa.. aku pun faham akan situasinya kerana aku juga mengalami perkara yang sama dengannya. Atau mungkin dia lagi sibuk dari aku kerana dia merupakan pelajar yang aktif di dalam kolejnya itu. aku faham. Kini hubungan kami teramatlah renggang dan tidak lagi menghubungi satu sama lain. walaupun kadang-kala aku ada stalk blog dan juga fb dia.. tp tiada apa yang berlaku. aku teramat rindu padanya, rindu pada persahabatan kami yang dulu. tapi tidak mengapalah.. dia perempuan, aku lelaki. tak boleh bergaul secara berlebih-lebihan. mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya :')

Walauapapun, aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia. dia perempuan yang istimewa bagi aku. Dan aku harap apa yang dia lakukan di sana sama ada untuk dirinya, keluarganya, sahabat2nya, kolejnya dan agamanya akan sentiasa diberkati Allah S.W.t dan dia akan menjadi seorang wanita solehah yang berjaya di dunia & juga di akhirat.. 
Aku akan sentiasa mendoakanya kebahagian dia. :)

Amin.

GTG~bye,
salam. :)

2 comments:

  1. cinta ko 2 suci sgt nazmi,insyallah ad jodoh gan dy,bnyk kan berdoa..nice story

    ReplyDelete
  2. thanks cyah.. same goes to you ok.. :)

    ReplyDelete