sekali lagi aku ingin menulis di sini tentang sesuatu yang sangat penting dalam hidup aku atau lagi tepat perkara yang ingin aku jadi dan perkara yang aku inginkan pada masa hadapan. semua orang pastinya mempunyai cita-cita terutamanya pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sebab itulah wujudnya sekolah, pelbagai universiti, kolej2 swasta dan pelbagai pusat pengajian yang lain.. untuk merealisasikan cita-cita seseorang tersebut. Berbeza pula dengan impian, iaitu untuk mencapai sesuatu yang diinginkan oleh seseorang bagi mendapatkan kesempurnaan dan keselesaan hidup.
-Cita-Cita-
Masa kita di bangku sekolah dahulu, pastinya bila di tanya "apakah impian anda?" kita akan jawab 3 cita-cita yang amat popular ini iaitu menjadi polis, askar ataupun cikgu. ada jawapan lain selain dari tu? tak ada. sebab masa tu yang kita nampak hanyalah 3 pekerjaan ni je.
Tapi masa, waktu, pengalaman dan ilmu yang kita belajar setiap hari akan membuka minda kita, membuka mata kita terhadap lebih banyak lagi pekerjaan yang tidak pun kita terfikir masa kita kecil dahulu. seperti menjadi seorang Proffesor, Penyelidik ataupun menjadi seorang ahli politik yang yang berpengaruh. ini menunjukkan bahawa setiap hari kita menjadi semakin matang dalam membuat keputusan dan seringkali cita-cita kita berubah setiap kali kita ke peringkat yang lebih tinggi.
Seperti aku sendiri, dahulunya sewaktu aku berumur di lingkungan 6 hingga 12 tahun cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang askar. dan pada waktu tersebut 3 pekerjaan di ataslah yang sering disebut-sebut dan diagung-agungkan oleh rakan-rakan sekelasku yang lain. Tetapi cita-cita itu tidaklah bertahan lama untuk menjadi pilihan idaman aku, sebaliknya aku ingin pula menjadi seorang pensyarah disebuah Universiti di dalam Malaysia ini. kemudian berubah lagi cita-cita aku ingin menjadi seorang ahli perniagaan di mana aku mampu untuk memajukan syarikat tersebut. dan yang terakhir cita-cita aku ialah menjadi CEO di salah sebuah syarikat di Malaysia ini.
Nampak kan betapa banyaknya perubahan cita-cita dari masa ke semasa mengikut peningkatan umur aku. ye mungkin korang boleh cakap yang pendirian aku ni tak teguh.. tapi apa yang aku nampak dan lihat semakin hari semakin jelas, apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. tak salah rasanya kalau kita ubah cita-cita kita berdasarkan kemampuan dan kepakaran yang kita ada. aku adalah pelajar Pengurusan Perniagaan.. jadi menjadi CEO atau ahli peniagaan amatlah sesuai dengan apa yang aku belajar sekarang.
Sebenarnya aku amat trauma sekarang sebab aku keliru dengan apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. aku keliru sama ada aku hendak menjadi CEO ataupun Ahli perniagaan. mana 1 aku harus pilih? aku pun tak tahu. aku harap biarlah satu hari nanti aku akan dapat pilih dengan tepat bidang kerjaya yang aku inginkan itu.
-Impian-
Tentang impian pula adalah perkara yang kita inginkan pada masa hadapan tentang kehidupan kita supaya kehidupan kita akan bertambah selesa dan bahagia. korang semua pastinya mempunyai impian yang besar bukan? terlalu banyak yang ingin kita capai di dunia ini melalui impian kita itu.. inilah apa yang kita inginkan dalam hidup ini. kalau diberikan peluang semua orang hendakkan perkara tersebut.
![]() |
Pasangan yang sempurna |
![]() |
kereta yang mewah |
![]() |
rumah yang indah |
Ya, inilah impian kita pada masa hadapan. inginkan sesuaatu yang indah dan terbaik untuk kita. malah cita-cita yang kita idam-idamkan juga menjadi impian kita. oleh itu kawan-kawan, marilah kita sama2 merealisasikan cita-cita dan juga impian kita dengan menjadi pelajar/ manusia yang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang kita lakukan sekarang sama ada bekerja atau belajar dan berjaya suatu hari nanti. pastikan apa yang kita lakukan pada waktu ini akan menjamin masa hadapan kita.
Oleh yang demikian, saya berharap segala apa yang kita inginkan dan apa yang ingin kita capai, kita akan dapatkannya dengan usaha yang bersunggung-sungguh. ehem, Itu sahaja yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. semoga berjumpa lagi..
GTG~bye,
salam. :)
Oleh yang demikian, saya berharap segala apa yang kita inginkan dan apa yang ingin kita capai, kita akan dapatkannya dengan usaha yang bersunggung-sungguh. ehem, Itu sahaja yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. semoga berjumpa lagi..
GTG~bye,
salam. :)
No comments:
Post a Comment