Powered By Blogger

Monday, 7 January 2013

Masa Lapangku, Masa Terbuangku..

Assalamualaikum W.B.T
hai semua ! aku tak rasa masih ada org yang tengah berjaga waktu sekarang ni sebab semuanya dah tido kan. yelah mane taknye, klau aku tgk jam sekarang ni dah menunjukkan pukul 4.45pagi tau. amboi cepat betul aku bangun tido kan.. haha sebenarnya aku tak tido pun lah ! aku baru je siapkan kerja yang lecturer aku bagi aritu. punya lah bnyk smpai sakit2 badan aku ni sbb nak siapkan smua tu. dekat 5 jam kot aku ddok kt meja study ni buat keje tu.. dari pkul 10.30 malam smpai lah tadi. lama kan? ishh lmbab btol aku buat keje.. haha. tapi takpe la dah siap pun smua tu. alhamdulillah :)

Okay kembali kepada tajuk story pada pagi yang indah ni. Kalau lah aku tanya korg apa yg korg buat utk masa lapang korg, agak2 apa jwapan korg ea? mesty lah ssuatu yang menarik kan.. macam pergi berjogging ke, cycling ke, jalan2 ke, or ape2 jelah yang dpt mengisi masa lpang yg bermanfaat korg tu. wahh menarikan klau ada masa lapang. 

Aku ? masa lapang aku sesangatlah membazir dan tak bermanfaat langsung.. nak tahu ape? haa ni dia, benda yang menghabiskan masa lapang akuu...




Korang faham tak maksud aku? ehh jangan salah faham plak.. aku bukan pelakon lah, or director whatsoever.. haha. maksud aku, aku bnyak habiskan masa aku dengan tgk movie2 ni semua dalam laptop aku. Klau korg nak tahu kan, hard disc dlm lappy aku ni penuh dengan movie2 camni. aku pun tak prasan dah full rupanya. semua ni angkara movie2 yang mengarut ni lah (tahu.. tp tengok jgk.. :P). banyak movie yang aku dah tgk dan dengan menonton movie2 tersebut, dengan sedar tak sedar je bnyak masa lapang aku yang terbuang begitu sahaja~ haih!

Hmm sedih betul kan.. tp sekarang ni aku dah kurang tgk movie tu smua.. sbb aku dah semakin sibuk dengan kerja2 kt Universiti ni. tapi... hehe aku still jgk membuang masa aku walaupun tak tgk movie2 cmtu. aku pegi tgk anime pulak T_T aku taktahu la sejak bila aku minat cite anime ni terutama Naruto. ehh btw jangan salah sangka tau, bukan bdak2 je tgk cite ni.. student u pun same jgk tau XD.. 

Emm Tapi, disebabkan semua episod aku dah abis tengok, aku rasa berakhirlah masa lapang aku yang sia-sia itu sekarang. aku taknak dah buang masa aku dengan benda2 mcmtu smua. aku nak buat sesuatu yang bermanfaat. ye aku sedar sangat2 memang merugikan masa aku buat benda yang tak berfaedah mcmtu. sebab tu lah aku nak tukar tabiat aku ni supaya jadi baik sikit.. hehe. okay, dan ini adalah perubahan awal untuk aku mengisi masa lapang aku.. 

Blogger~ aku dah mula menulis di sini untuk dijadikan hobi dan mangisi waktu2 yang terluang supaya ianya bermanfaat kepada diri aku sendiri. oleh itu awak-awak semua, isilah masa lapang dengan sebaik-baiknya supaya masa kita takkan dibazirkan begitu sahaja. hargailah masa anda ok? hee.. *peringatan untuk diri sendiri.. InsyaAllah.

Itu sahaja daripada saya..
GTG~bye,
salam. :)

Sunday, 6 January 2013

A Letter To Her

Assalamualaikum W.B.T

Surat untuk dia~
Agak-agak korang pernah tak menulis surat? okay semestinyalah semua orang pernah tulis surat kan.. mana taknya, masa sekolah dulu semua orang kne belajar tulis karangan surat.. Karangan surat rasmi mahupun surat tak rasmi. dan aku tahu, karangan surat lah yang paling student skolah tak suka skali.. aku pun pernah merasai dan melalui situasi tersebut. nak ingat formatnya pun susah, inikan nak menulis surat yang panjang2. mintak maaf lah sgt2 hehe.. :P 

Okay here goes the story, sebenarnya dahulu aku pernah berutus surat dengan kawan prempuan aku dekat Terengganu. masa tu kami masih lagi di bangku sekolah. dan isi surat tersebut bukanlah ayat2 cinta atau rindu2an yee. cuma tanya khabar, ceritakan apa yang sedang berlaku dan soalan spot SPM.. secara jujurnya aku suka dekat dia. walaupun sebagai kawan aku amat selesa berkawan dan berinteraksi dengan dia. dia bknlah mcm prempuan2 lain yang mengade2, mengedik, menggatal, layan sana sini. Secara umumnya aku cakap dia adlah contoh wanita muslimah. tu yang buat aku jatuh hati dekat dia. 

Sebenarnya aku suka sgt hantar surat dekat dia.. wlaupun 2 kali je. tapi aku rase seronok sgt sbb ade org nak baca surat aku tu.. lagi2 prempuan yang aku suka. yee pada mulanya aku agak janggal dalam menulis, almaklumlah dengan tulis 'Doktor' aku ni bkn smua org bole fham. tp takpelah aku tulis jgk surat tu untuk dia masa aku form 5. lepas tu dia reply surat aku.. yang di bawah nilah surat dia :)




Kalau korg bole baca faham2 la sendiri ye apa yang dia tulis.. hehe. sebenarnya kami sentiasa berhubung melalui SMS dan Calling dulu (bukan kuno sgt yee :P).. tp entalah, menulis surat ni menarik minat aku pulak untuk dijadikan tajuk entry pada kali ini. Apapun selepas kejadian dia mmbalas surat aku ni, kami telah menghadapi pepriksaan SPM pada tahun 2010 dan kami masih berhubungan lagi sehinggalah beberapa bulan keluar result SPM. selepas je result SPM keluar, dia ingin berubah.. dia betul2 ingin berubah untuk menjadi wanita yang solehah dan ingin menghadkan hubungan kami. aku hormati keputusannya dan aku kurangkan bermesej dan kol dia. jika ada perkara yang penting shaja aku akan menghubungi dia.

beberapa bulan setelah keluarnya result SPM aku telah diterima masuk ke UiTM sebagai student Pengurusan perniagaan.. tapi dia telah meneruskan pelajarannya ke form 6 di sekolah di sekitar Dungun. setelah beberapa bulan kemudian dia telah menyambung pengajiannya ke International Islamic College (IIC) di Gombak. Alhamdulillah dapat juga dia masuk IPT. aku gembira :)

Hubungan kami makin renggang selepas kedua2nya smbung belajar ke peringkat IPT. Tetapi pada awal tahun lepas (2012) terdetik di hati aku ingin menghantar surat  kepadanya dan dengan serta mertanya aku merangka surat tersebut untuk bertanya khabar dan sebagainya. selepas selesai semua itu aku meminta alamat kolejnya dan menghantar surat tersebut. Mungkin masa yang tidak sesuai pada waktu tersebut kerana dia terlalu sibuk dengan tugasan hariannya, aktiviti2 dan program2 yang dianjurkan oleh kolejnya menyebabkan dia tidak sempat untuk mengbalas surat yang aku kirim. 

Tidak mengapa.. aku pun faham akan situasinya kerana aku juga mengalami perkara yang sama dengannya. Atau mungkin dia lagi sibuk dari aku kerana dia merupakan pelajar yang aktif di dalam kolejnya itu. aku faham. Kini hubungan kami teramatlah renggang dan tidak lagi menghubungi satu sama lain. walaupun kadang-kala aku ada stalk blog dan juga fb dia.. tp tiada apa yang berlaku. aku teramat rindu padanya, rindu pada persahabatan kami yang dulu. tapi tidak mengapalah.. dia perempuan, aku lelaki. tak boleh bergaul secara berlebih-lebihan. mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya :')

Walauapapun, aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia. dia perempuan yang istimewa bagi aku. Dan aku harap apa yang dia lakukan di sana sama ada untuk dirinya, keluarganya, sahabat2nya, kolejnya dan agamanya akan sentiasa diberkati Allah S.W.t dan dia akan menjadi seorang wanita solehah yang berjaya di dunia & juga di akhirat.. 
Aku akan sentiasa mendoakanya kebahagian dia. :)

Amin.

GTG~bye,
salam. :)

Cita-Cita, Impian

Assalamualaikum W.B.T, 
sekali lagi aku ingin menulis di sini tentang sesuatu yang sangat penting dalam hidup aku atau lagi tepat perkara yang ingin aku jadi dan perkara yang aku inginkan pada masa hadapan. semua orang pastinya mempunyai cita-cita terutamanya pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sebab itulah wujudnya sekolah, pelbagai universiti, kolej2 swasta dan pelbagai pusat pengajian yang lain.. untuk merealisasikan cita-cita seseorang tersebut. Berbeza pula dengan impian, iaitu untuk mencapai sesuatu yang diinginkan oleh seseorang bagi mendapatkan kesempurnaan dan keselesaan hidup.


-Cita-Cita-

Masa kita di bangku sekolah dahulu, pastinya bila di tanya "apakah impian anda?" kita akan jawab 3 cita-cita yang amat popular ini iaitu menjadi polis, askar ataupun cikgu. ada jawapan lain selain dari tu? tak ada. sebab masa tu yang kita nampak hanyalah 3 pekerjaan ni je. 




Tapi masa, waktu, pengalaman dan ilmu yang kita belajar setiap hari akan membuka minda kita, membuka mata kita terhadap lebih banyak lagi pekerjaan yang tidak pun kita terfikir masa kita kecil dahulu. seperti menjadi seorang Proffesor, Penyelidik ataupun menjadi seorang ahli politik yang yang berpengaruh. ini menunjukkan bahawa setiap hari kita menjadi semakin matang dalam membuat keputusan dan seringkali cita-cita kita berubah setiap kali kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Seperti aku sendiri, dahulunya sewaktu aku berumur di lingkungan 6 hingga 12 tahun cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang askar. dan pada waktu tersebut 3 pekerjaan di ataslah yang sering disebut-sebut dan diagung-agungkan oleh rakan-rakan sekelasku yang lain. Tetapi cita-cita itu tidaklah bertahan lama untuk menjadi pilihan idaman aku, sebaliknya aku ingin pula menjadi seorang pensyarah disebuah Universiti di dalam Malaysia ini. kemudian berubah lagi cita-cita aku ingin menjadi seorang ahli perniagaan di mana aku mampu untuk memajukan syarikat tersebut. dan yang terakhir cita-cita aku ialah menjadi CEO di salah sebuah syarikat di Malaysia ini.

Nampak kan betapa banyaknya perubahan cita-cita dari masa ke semasa mengikut peningkatan umur aku. ye mungkin korang boleh cakap yang pendirian aku ni tak teguh.. tapi apa yang aku nampak dan lihat semakin hari semakin jelas, apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. tak salah rasanya kalau kita ubah cita-cita kita berdasarkan kemampuan dan kepakaran yang kita ada. aku adalah pelajar Pengurusan Perniagaan.. jadi menjadi CEO atau ahli peniagaan amatlah sesuai dengan apa yang aku belajar sekarang.

Sebenarnya aku amat trauma sekarang sebab aku keliru dengan apa yang aku nak jadi suatu hari nanti. aku keliru sama ada aku hendak menjadi CEO ataupun Ahli perniagaan. mana 1 aku harus pilih? aku pun tak tahu. aku harap biarlah satu hari nanti aku akan dapat pilih dengan tepat bidang kerjaya yang aku inginkan itu.


-Impian-

Tentang impian pula adalah perkara yang kita inginkan pada masa hadapan tentang kehidupan kita supaya kehidupan kita akan bertambah selesa dan bahagia. korang semua pastinya mempunyai impian yang besar bukan? terlalu banyak yang ingin kita capai di dunia ini melalui impian kita itu.. inilah apa yang kita inginkan dalam hidup ini. kalau diberikan peluang semua orang hendakkan perkara tersebut.

Pasangan yang sempurna


kereta yang mewah

rumah yang indah

Ya, inilah impian kita pada masa hadapan. inginkan sesuaatu yang indah dan terbaik untuk kita. malah cita-cita yang kita idam-idamkan juga menjadi impian kita. oleh itu kawan-kawan, marilah kita sama2 merealisasikan cita-cita dan juga impian kita dengan menjadi pelajar/ manusia yang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa yang kita lakukan sekarang sama ada bekerja atau belajar dan berjaya suatu hari nanti. pastikan apa yang kita lakukan pada waktu ini akan menjamin masa hadapan kita. 


Oleh yang demikian, saya berharap segala apa yang kita inginkan dan apa yang ingin kita capai, kita akan dapatkannya dengan usaha yang bersunggung-sungguh.  ehem, Itu sahaja yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. semoga berjumpa lagi..

GTG~bye,
salam. :)

Saturday, 5 January 2013

My Friends, MY Soul

Assalamualaikum w.b.t, 
Tanpa kawan, siapalah la kita kt dunia ni kan. ye, semestinya keluarga diutamakan.. tapi bukanlah bermakna kita sebagai manusia tidak perlukan kawan. betul tak? adakalanya kita sering bergaduh dgn diaorg, merajuk lah, sakit hatilah.. tp itu semua adatlah dalam berkwan. bukan semua prkara yang kita lakukan akan dipersetujui oleh kawan2 kita yang lain. tapi apa pun, kawan adalah penting. mereka yang buat kita gembira, enjoy, exited, and macam2 lagi.

oleh yang demikian, aku nak perkenalkan rakan2 dan juga kawan2 baik aku yang sentiasa buat aku tersenyum dan marah.. haha. okay bermula daripada rumah aku kat Saujana Utama.. aku ada 4 orang kawan baik yang slalu lepak sama, habiskan masa bersama dan kongsi cerita bersama. setiap kali balik bercuti mesti aku akan jumpa diaorg dan cerita mcm2 perkara.

 hafiz, shazwan & hanif
muka dia ni mmg mcmni bila ada camera :P

As you can see, they are my buddies.. ini lah muka kawan aku bila aku balik bercuti.. sebenarnya ada sorang lagi nama dia nizam. tp aku takde gamba dialah nak tunjuk. so aku jus mention nama dia kat sini jelah ye. so shazwan merupakan student kulinari di UiTM Penang, semester ni dia semester ke-4 n sedang berpraktikal di Hotel mana tah di Melaka. hanif & hafiz pulak dua2 belajar kat sekolah puncak alam iaitu form 6. tp sekarang ni diaorg dah abis pun n tgah kerja kt kedai baju di OU. si Nizam pulak blajar sama dgn Shazwan, kt UiTM penang tp dia ambik kos elektrik. okay seriously bila aku busy yang amat sgt kt sini aku akan rindukan mereka2 di atas ni. so sweet kan?? haha.

Next kita pergi kt kawan2 aku yang berada di UiTM Pahang ni.. kalau nak disebutkan 1,1 kawan aku kt sini mmg tak terkira.. sbb aku ni peramah orgnya. so senang je dapat kwan *ehem2.  nak diceritakan sebenarnya aku ni takde lah rapat sgt dengan budak2 kelas aku. aku lebih rapat dgn member2 aku yang ni....

dauz, mira, aku, didie, zul amir

muka poyo XD
faidzul, hazim & dauz.

zul, hazim, bida, dauz & aku

Zul & dauz sekelas, dua2 ambk kos pengurusan Bank. didie & mira sama kos dengan aku pengurusan perniagaan. Zul amir & Athirah Pengurusan Pejabat. Hazim Sport Science and yang terakhir Bida ambk kos Science .
they are my buddies here uolls.. hehe.  diaorg ni kadang2 suka sgat mengenakan aku tahu. kadang2 sakit hati jgk aku dgn diaorg ni. tp nak wat cmne, terima jelah.. huhu. tanpa diaorg, aku mesti akan rasa sunyi kat UiTM ni. walaupun suka sgt kenakan aku kan.. huh! okay ni lagi sorg kawan baik aku yang sgt mengada2 n mengedik (harap dia tak bce ape yg aku tlis ni.. haha) nama dia athirah or org pggil Trah je.. 

si mengada Athirah
okay itu jelah kawan2 yag aku rasa penting n sgt bermakna bagi aku.. sebenarnya rmai je lagi tp klau nak sebut sorg2 tak cukup kot. so ini jelah yang mampu aku tulis untuk post kawan My Friends, MY Soul. so klau korg nak cari kawan, pastikanlah kawan korang tu budak yang tak JAHAT, bukan budak yang terlampau sosial and bukan budak yang tak boleh nak dikawal. bukan la maksud aku takyah kwn langsung, tapi klau bole jgn terlalu rapat sgt takut terjebak sekali.. kan dah susah nanti. so, PANDAI pilih kawan yee. 

okay tu je yang aku nak ceritakan sekarang..
GTG~bye,
salam. :)

Friday, 4 January 2013

About Myself

Assalamualaikum w.b.t, 
selamat malam aku ucapkan kepada smua yang masih la berjaga pada waktu ini. melihatkan kpada jam laptop aku ni, sekarang jam menunjukkan pukul 1.46 pagi. ehh agak2 betul tak aku ucap selamat malam tadi? or spatutnya aku cakap selamat pagi je? entahlah kan. mne2 pon bole kot.. hehe.

okay, sebenarnya post kali ini aku nak ceritakan tentang diri aku yang banyak kekurangan n kelemahan ni. tp bukanlah aku nak cerita keburukkan aku sepanjang masa kan.. tak elok tu. ehem2, nama diberi sejak lahir adalah Muhammed Nazmi b. Abd wahab Berumur 19 tahun 11 bulan pada waktu ini dan akan mencecah tahun yang ke 20 hidup di atas muka bumi ini pada 23hb 1 nanti. tak sangka masa terlalu cepat berlalu sampai tak sedar yang aku ni dah dewasa (bkn brmaksud tua ok hehe...). aku menetap di saujana utama, sg. buloh sejak aku berumur 14 tahun iaitu semenjak form 2. sebelum itu aku menetap di Selayang je, tp disebabkan keadaan tempat itu yang tidak stabil kami sekeluarga pindah di Saujana Utama, Bandar Indah dan Permai (moto lah konon). 

Di Saujana Utama lah bnyak perkara yang aku belajar bermula daripada rumah, di sekolah mahupun di luar rumah. di saujana utama (atau lbih dikenali sbgai SU..) aku jumpa kawan yang baru dan segala-galanya baru. okay lah klau nak cerita pun benda dah lama lepas.. berapa tahun pun aku tak ingat. ok2, skrng cerita benda yang simple2 je ea. 

Nak dipendekkan ceritalah, sekarang ni aku telah bergelar mahasiswa di sebuah Universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara(UiTM) di Jengka, Pahang. sekarang ini aku dah pun masuk semester yang ke-4 atau dah masuk tahun yang kedua kt sini. macam yang aku cakap td, cepat betul masa berlalu. Apa yang aku lakukan di Universiti ini adalah banyak.. aku ni kira agak aktif lah jugak dalam berpersatuan dan kelab kt sini. aku pernah menyertai pelbagai jenis kelab dan persatuan seperti pembimbing rakan sebaya, Entertainment of Islamic Art Club(EAC), silat gayong, Debat malah aku pernah bertanding lagi dalam PilihanRayaKampus untuk merebut jawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada semester lepas (dan tak menang....). 

Aku ni bukanlah macam kebanyakkan pelajar-pelajar yang pasif or tak aktif. Tp ape pun yang aku buat bukanlah kerana nama, jawatan or popular. aku buat semua ni sebab utk mendapatkan pengalaman, ilmu n aku nak belajar something different. apa dia something different? do it and experience yourself ok. :) sekarang aku masih lagi aktif, tapi aku hanya aktif dalam kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) je. tak larat kot nak aktif dalam banyak2 kelab.. aku tak mampu. walau apa pun aku akan teruskan jugak dgn kelab ini.. aku akan bantu dan naikkan nama kelab ni di UiTM. InsyaAllah.

Back to my story, aku adalah pelajar Business Study kt sini. tak berapa pandai, tak berapa cerdik, tak berapa bjak, tak berapa rajin dan tak berapa hensem.. oppss~ :P sebenarnya aku tak tahu lah ape kelebihan dan keistimewaan dalam diri aku. urmm Allah je yang tahu kot. aku ni bukanlah seorang yang baik.. yang jahat tu mungkin lah. tapi bukan la jahat tahap gaban. just inner self aku je kot. tapi apa pun yang aku buat, aku akan cuba bermuhasabah.. klau perkara baik yang aku buat, ok lah. tp klau bnda buruk, aku akan menyesal. :( 

ehh2 aku rasa sampai sini je kot apa yang aku ingin luahkan. klau ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis, tapi kne tido awal lah sebab esok ada test. hope everythings going just fine for me.. and yours too. 
GTG~bye,
salam. :)


Thursday, 3 January 2013

The Started Serious Writing

Assalamualaikum w.b.t,
lama rasanya jari ni tak menaip di atas keyboard untuk blog aku ni kan. or lagi senang kalau aku cakap dah lama aku tak menulis blog kt sini. huh! memang bersawang habis aku tengok blog aku setelah sekian lama aku meninggalkannya tahun lepas.. haha. entah kenapa aku rasa macam nak tulis sesuatu kt sini dan aku pun terus la online aku punya account ni dan.. here i am !

okay sebenarnya aku tak cadang banyak pun nak tulis macam2 kt sini, cuma nak beritahu ape yang membuatkan aku ingin menulis semula dan kali ni aku aku lebih serius berbanding yang lepas2. yeah and i know walaupun follower ade sorang je.. hehe. dan aku harap dye baca la ape yang aku tulis ni yee. sekadar untuk mengetahui perkembangan aku je :)

okay, sebenarnya niat untuk menulis ni dah lama aku rasa terdetik ktt hati ni. cuma tak diberikan je kekuatan (mungkin..) untuk menulis. short of story, sebenarnya td masa aku mandi dlm bilik air tiba2 je keinginan aku untuk menulis jadi kuat. so, aku pun terus on laptop dan mula mengedit blog aku yang dah bersawang ni smpai la jadi mcm ni. yeahh i know it is not perfect.. but it is better than before right? well, thanks ! haha.

okay i think that all for now. and aku harap lepas ni aku akan aktif dan serius dalam menulis blog supaya bakat menulis aku takkan di sia2 kan dan dipendam. semuanya harus ditonjolkan bukan? tetapi bukan bermakna perlu bongkak atau pun sombong... ehh ke laut dah rasanya ni. :P
GTG~ bye,
salam. :)